alkisah di petang hari td... bukak pintu time nk bg mkn Qaseh Aliyah tetibe sebuah kenderaan lalu yakni kereta
Qaseh : bas
ummi : kete
Qaseh : bas la
ummi : kete la
utk kali ke3
Qaseh : diammm sambil ltk tgn kat mulut
ummi : trs diam... lost word kakaka rase mcm gelak guling2 (dlm ati berkata : bertuah punye anak huhuhu)
love+hug+kiss,
from ummiNbabah
Pages
Saturday, May 19
Thursday, May 17
Riadah di petang hari
smlm ummi balik awl so pesan kat babah amik Qaseh siap2 pastu br amik ummi then kitorg g playground area Cyber.. mmg best sbb xde sape main so ummiNbabah kasi can Qaseh main puas2 dlm 30min sblm blk...
dh lame Qaseh xmain kat luar kn hehe sorry ye syg... jom lyn piccas
love+hug+kiss,
from ummiNbabah
dh lame Qaseh xmain kat luar kn hehe sorry ye syg... jom lyn piccas
best naik boyan nih sejengkal je dr tanah
cube lps tgn nk wat "peace"
eeeh senget lak
oyeaah "piiiiis"
steady je nih
sudah cuak nk kene tinggal
fav word : "antuuuu"
merangkak dlm tunnel
ala br ummi pasan main slide xde pic lak huhuhuhu.. xpela next time kite dtg main lg ye syg.. ms nk blk smlm syahdu je die nk tinggalkn playground tu smpi berdiri statik xmo gerak blk last2 melambai babai gak kat playground tu... nsb baik xmeraung hihihi... u r gudgirl Qaseh Aliyah :)
love+hug+kiss,
from ummiNbabah
Wednesday, May 16
Sharing #5 ~ Bahaya Air Masak kepada Bayi Bawah 6 bulan
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

Tuesday, May 15
Sharing #4 ~ Jadilah
utk renungan bersama
✿ܓ - JaDiLaH GaDiS BaiK SeSuCi MaRiaM
✿ܓ - JaDiLaH WaNiTa FaQiHaH SeBiJaK aiSYaH
✿ܓ - JaDiLaH PeReMPuaN SeTaBaH aSiaH
✿ܓ - JaDiLaH SeRiKaNDi SeHeBaT SuMaYYaH
✿ܓ - JaDiLaH iNSaN SeMuLia aKHLaK RaBiaTuL aDaWiYaH
✿ܓ - JaDiLaH iSTeRi SoLeHaH SeTuLuS KaSiH KHaDiJaH
✿ܓ - JaDiLaH aNaK YaNG SeaNGGuN HaTi FaTiMaH

Monday, May 14
14May = 20bulan
gambar hiasan
alhamdulillah... Qaseh dh genap umo setahun 8bulan xlame lagi nk bertukar status jd kakak lak :)
development stage : sumber babycenter
~ semakin byk ckp n perlu dilyn
~ dh xboleh tinggal kesorangan wlpn tgh tgk tv
~ takut bunyi yg kuat esp guruh (akan berpelukan ngan ummi; kalo tgh tdo kompom terjg n trs nangis)
~ bab makan no hal tp musykil sebab berat masih xbertambah
~ gigi bwh dpn mcm nk tumbuh lg 1 so berkemungkinan total sume 4+2+1 = baru nk msk 7btg je hahaha
k lelain cite akan di update kemudian..... mau subuh n tdo daaaa ~
love+hug+kiss,
from ummiNbabah
Friday, May 11
Sharing #3 Anak Melatih Kita Sabar
gambar hiasan
Sabar itu tercermin melalui tiga kategori iaitu sabar dalam berkata, perbuatan dan hati.
Sabar dalam berkata ialah tidak mengucapkan kata – kata kesat dan kasar.
Sabar dalam perbuatan ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang atau objek di sekeliling kerana marah.
Sedangkan sabar dalam hati ialah bersangka baik dengan setiap yang berlaku.
Saat anak baru dilahirkan, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan segalanya tanpa batas waktu dan keadaan.
Terkadang sang ibu terutamanya yang baru menimang cahaya mata merasa rimas dan kurang sabar dengan tangisan yang belum dapat dipastikan apakah solusi terbaik untuk bayinya.
Lapar, sakit, tidak selesa atau inginkan perhatian ?
Rasa letih, mengantuk dan kesibukan dengan kerja rumah yang ada sekurang – kurangnya akan menimbulkan rasa kurang senang di hati seorang ibu sehingga meleteri anaknya bahkan mungkin kurang sabar dalam perlakuannya.
Saat anak telah mencecah usia kanak – kanak.
Dia makin lincah, memanjat, menconteng dinding, memecahkan gelas dan meneroka setiap inci dunia yang berada di depan matanya.
Jatuh bangun, adalah rencah kehidupannya.
Si ibu sekali lagi kepenatan melayan kerenah anak – anaknya, apa yang pasti sebolehnya digari anak kecil itu agar dunia si ibu kembali aman.
Masa terus berlalu, zaman remaja dan dewasa terus ditempuhi oleh si anak dengan kerenahnya sendiri.
Walaupun sudah lanjut usia, si ibu semakin kurang sabar dengan perangai anak – anaknya.
Lisannya selalu menyatakan kesalahan anak – anaknya. Ingin dipukul, semuanya sudah pun dewasa.
Sedar atau tidak, anak itu menjadi sebahagian ujian Allah untuk kita yang bergelar ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam hal – hal yang tidak kita senangi.
Sedangkan Allah beserta orang – orang yang sabar dalam mengharungi segala musibah yang melanda hidup mereka.
Saat kita menghadapi situasi yang kurang menyenangkan, cubalah untuk berbaik sangka terhadap apa yang terjadi.
Cukuplah yang keluar dari lisan kita ialah doa – doa kebaikan dan kejayaan untuk si anak.
Cukuplah pukulan sekadar menginsafkan dan peluk cium dengan penuh kasih sayang.
Anak kita adalah cerminan peribadi kita. Saat anak kelihatan menderhakai kita, semaklah kembali kederhakaan kita kepada perintahNya.
Saat anak mulai enggan untuk mentaati kita, ukurlah kembali nilaian ketaatan kita kepadaNya.
Kerana anak bukan sekadar diberi makan untuk terus hidup tapi perlu juga diberi didikan dunia dan agama untuk menjadi insan yang berbakti ketika di dunia dan penyelamat kita di akhirat sana
love+hug+kiss,
from ummiNbabah
Subscribe to:
Posts (Atom)