Pages

Monday, February 3

Ciri-ciri Taska/Tadika Pilihan

Sebenarnya seawal usia QA 3tahun Ummi dh start suvey PreSchool yang sesuai dengan bajet bulanan keluarga.. Cyberjaya-Putrajaya-Dengkil-Kota Warisan-rumah .Ada antara yang ummi pernah call and terus datang tengok.. Memang kebanyakannya mengikut bayaran terkini mengikut kawasan..

Ok ni ummi nak share ciri-ciri taska/tadika yang perlu ada ( kalau belum/tidak tersenarai dalam JKM/Kem)
- utk taska sila buat semakan dengan JKM
- untuk tadika sila buat semakan dengan Kem. Pendidikan
- di hadapan taska/tadika ada 2 tiang bendera - selangor(ikut negeri) dan Malaysia *oopss tapi ummi xpasti untuk tadika yang beroperasi di rumah kedai *
- banyak gantungan hasil kerja tangan anak-anak taska/tadika
- ada ruang bermain
- pengasingan ruang tidur dan belajar
- pengasuh/cikgu perlu menyambut kedatangan anak-anak dan tunggu sehingga anak-anak dijemput ibu bapa (sentiasa ada dimuka pintu - masa datang/balik)
- taska/tadika aktif melakukan aktiviti yang melibatkan ibubapa

ini sahaja yang ummi mampu kongsikan apa yang ummi tau... diharap dapat membantu ibu bapa dil uar sana

Nasihat : sentiasa mendoakan kesejahteraan anak ketika mereka dibawah jagaan orang lain
"Ya Allah limpahkanlah kasih sayangmu kepada pengasuh anak2ku.. Lindungilah mereka sepanjang ketiadaanku..Berikanlah kesabaran kepada pengasuh anak2ku supaya mereka mampu melayan anak2ku seperti anak2 mereka"


love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Pendaftaran selesai :)

Salam Februari...
Minggu lepas ummi akhirnya buat keputusan muktamad untuk QA masuk ke tadika... Ummi mintak maaf sebab QA dh rugi sebulan (Januari)... Selepas mengambil kira semua aspek : belanjawan+transport+taska+dll semua Ummi rasa ini adalah yang terbaik buat masa sekarang.Harap QA akan enjoy :)

Dekat mana tadika tu?? Owh dekat sangat ngan rumah dan selang 2 blok je dengan taska..Jadi lepas abis tadika Cikgu Pah (cikgu tadika) akan bawa balik budak yang duk taska sebab tu die caj transport.

Antara dialog Ummi dengan QA sebelum tdo td
Ummi : Esok Qaseh g skolah oren(tadika) ngan babah tau, babah anta esok pagi. Nanti kene pakai tudung
QA : Qaseh taknak pakai tudung Qaseh nak pegang je
Ummi : Ala tak bolehla macam tu nak masuk skolah kene la pakai tudung. tutup aurat nanti ade mengaji
QA : okey ummi
-----------------------
Ummi : nanti lepas skolah balik ngan Cikgu Pah pegi dekat skolah Ibu Nor(taska) tau.Lepas tu petang lepas keje ummi amik Qaseh dengan Aniq
QA : Qaseh xnak ikut Cikgu Pah, Qaseh nak ikut ummi
Ummi : Ummi kan work ummi kene g ofis nanti petang ummi balik. Nanti lps skolah QA leh jumpe Aniq kat skolah ibu
QA : Qaseh xnak ikut Cikgu Pah nanti Ummi tinggalkan Qaseh
Ummi : la ummi kat ofis xboleh nak amik QA nanti QA balik dgn Cikgu Pah je... okey
QA : bermuram durja sambil angguk faham

struktur yuran yang mampu dibayar berbanding yang lain

antara subjek yang diajar

borang pendaftaran siap diisi

P/s: berharap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku

love+hug+kiss,
from ummiNbabah