Pages

Monday, February 3

Pendaftaran selesai :)

Salam Februari...
Minggu lepas ummi akhirnya buat keputusan muktamad untuk QA masuk ke tadika... Ummi mintak maaf sebab QA dh rugi sebulan (Januari)... Selepas mengambil kira semua aspek : belanjawan+transport+taska+dll semua Ummi rasa ini adalah yang terbaik buat masa sekarang.Harap QA akan enjoy :)

Dekat mana tadika tu?? Owh dekat sangat ngan rumah dan selang 2 blok je dengan taska..Jadi lepas abis tadika Cikgu Pah (cikgu tadika) akan bawa balik budak yang duk taska sebab tu die caj transport.

Antara dialog Ummi dengan QA sebelum tdo td
Ummi : Esok Qaseh g skolah oren(tadika) ngan babah tau, babah anta esok pagi. Nanti kene pakai tudung
QA : Qaseh taknak pakai tudung Qaseh nak pegang je
Ummi : Ala tak bolehla macam tu nak masuk skolah kene la pakai tudung. tutup aurat nanti ade mengaji
QA : okey ummi
-----------------------
Ummi : nanti lepas skolah balik ngan Cikgu Pah pegi dekat skolah Ibu Nor(taska) tau.Lepas tu petang lepas keje ummi amik Qaseh dengan Aniq
QA : Qaseh xnak ikut Cikgu Pah, Qaseh nak ikut ummi
Ummi : Ummi kan work ummi kene g ofis nanti petang ummi balik. Nanti lps skolah QA leh jumpe Aniq kat skolah ibu
QA : Qaseh xnak ikut Cikgu Pah nanti Ummi tinggalkan Qaseh
Ummi : la ummi kat ofis xboleh nak amik QA nanti QA balik dgn Cikgu Pah je... okey
QA : bermuram durja sambil angguk faham

struktur yuran yang mampu dibayar berbanding yang lain

antara subjek yang diajar

borang pendaftaran siap diisi

P/s: berharap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku

love+hug+kiss,
from ummiNbabah

No comments:

Post a Comment