Pages

Tuesday, November 5

Salam Maal Hijrah : Official Launching QAMA Eshop website



Dijemput semua utk membeli secara online via
FB page : QAMA Eshop
atau di laman web rasmi  : www.qamaeshop.com.my

sebarang pertanyaan tentang order/payment boleh hubungi melalui
email : admin @qamaeshop.com.my
atau
order@qamaeshop.com.my
contact no(sms/whatsapp only) : 0132634612



love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Saturday, September 14

Hari Sukan part II - Video

aktiviti semalam
game
- susun bakul berkumpulan(umo 3tahun) 
- makan biskut paling cepat habis individu(umo 3tahun) ~ QA adalah orang terakhir yang abiskan biskut sebab makan penuh sopan santun ikut sunnah hihihihi
- masukkan bola dalam bakul berkumpulan(umo 4tahun)
- cari gula2 dalam tepung individu(umo 4tahun)
- lari berpasangan berkumpulan(umo 5-6tahun)
- makan keropok paling cepat habis individu(umo 5-6tahun)

show
- paluan kompang acara perasmian
- bacaan ikrar (umo 5-6tahun)
- pertunjukan silat ~ yang ni sangat klaka sebab bile pesilat2 tu jatuh sume kanak2 gelak padahal motif bersilat adalah untuk melawan musuh... hmmm mungkin diorg igt jatuh tu klaka rugi ummi xrekod vdeo time nih

lepas tu ibu bapa di jamu dengan pelbagai makanan

jom layan video pulak xdapat nk upload sume





love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Hari Sukan part I - bergambar

13/9 - QAMA terlibat dlm sukan tertutup Taska Mahligai Cerdik..Ummi mmg sgt excited smpi sanggup amik half day smlm hahha... tapi kuciwa gak sbb xdpt tgk MA main igtkn sempat sbb MA main sesi tengahari.. jadi smlm lunch time ummi trs anta brownies ke taska dan balik rumah rest dengan aman :)

Lps asar baru kuar sbb QA main kul 5.. yeayy ummi dapat tengok mcm2 gelagat anak2 bermain dengan mengikut arahan walaupun mmg berterabur dan sukar dikawal... memang tabik spring kat ibu2 pengasuh taska tersebut sbb dapat mengawal macam2 perangai anak2 disitu.. ok xmo citer panjang berjela jom lyn piccas

ready

beratur nk main susun bakul (berkumpulan) - kategori 3tahun

mendengar arahan sebelum mula

cari gula-gula dalam tepung - kategori 4tahun

muke penat

acara perasmian dan bacaan ikrar

1st hadiah : cabutan bertuah QAMA

persembahan anak-anak 6tahun

yeayyy MA pn dpt hadiah jugak

hadiah juara berkumpulan

brownies yang ditempah 

ibu tolong QA potong kek(brownies)

yeayyy dapat banyak hadiah

membelek hadiah memasing



love+hug+kiss,
from ummiNbabah

QA sudah 3tahun

alhamdulillah harini QA dh mencapai usia 3tahun... moga terus membesar menjadi anak yang solehah berjasa pada keluarga, agama, bangsa dan negara... (mode xde idea nk bermadah lagi)




love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Tuesday, September 10

QA : Bijak putar belit :)

last weekend masa ummi tengah sidai kain, QA duk sibuk2 nak main topeng jerebu tu.. memangla xngam dgn saiznye coz kepala die kn kecik... bile tercabut je suh ummi pasang balik sampai satu tahap ummi dah malas nk layan
ummi : lepas ni kalau tercabut lg ummi dh xnk pasang lagi
QA : hmm sambil angguk tanda faham
lepas tu senyap sekejap terus pegi dekat MA
QA : Aniq, sini kejap
MA : datang dekat menyengih
QA : cuba cabut topeng kakak ni
MA : sengih dan tarik topeng tu
QA : Ummi, tengok Aniq cabut topeng kakak ni... bukan kakak yang buat
Ummi : terus xjadi nk marah wehhhhhh memang gelak besar
lepas tu terus ummi janji nk bagi topeng baru lps bangun tdo petang tu.. nasib baik jumpe fuhhhh

tadaaaa inilah die topeng baru tu... selamat ade 2 leh pakai sorang satu

moral of d story : sila fikir sendiri


love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Tuesday, August 20

Benjerit tapi dekat; Berbisik tapi jauh



1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

p/s: memang terasa susah :( yang penting banyakkan SABAR kerana mereka adalah anak-anak syurga amanah dari ALLAH
peringatan untuk diri sendiri, ibu bapa dan bakal ibu bapa

love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Sunday, August 18

MA tdo style




bestnye tdo camni


hmm napela mulut jd mcm tu

owh kepit botol bawah ketiak



car seat yg empuk.. senang lena

hmmm banyak btol problem arini


so cute


love+hug+kiss,
from ummiNbabah

MA tidak sihat


membelek balutan tangan

hmmm dh boring ler tu

ketidoran... siapa yang sakit sebenarnya??

owh no saya dibogelkan

owh tidak xpakai baju lagi


love+hug+kiss,
from ummiNbabah

MA leleh liur dan mata bulat











love+hug+kiss,
from ummiNbabah

MA beraksi


meniarap

merangkak

berenang ke nih

dah tergolek

berdiri

bermain di celah2

main slide

eh main ape ni ?

sayalah co pilot babah ... mcm ni baru nmpk jln 


love+hug+kiss,
from ummiNbabah