Pages

Monday, October 22

Pinky Nite :)

hai sume dh lame rupenye blog ni x berupdate ... mmg byk citer yg nk di kongsi kisah dua beradik ni...
dis month QA = 25bulan MA = 2bulan.... k jom lyn piccas diorg utk mlm ni

alkisah bermula biler ummi siap pki bj pink then QA pn request nk pki bj turtle so utk MA ummi pn pakaikn die bj warisan QA kaler pink disebabkn mlm ni x ujan so baju lubang2 tu je yg ade hihihi

around 5.30pm lps minum susu trs pejam : masa ni ummi br nk bg MA mandi

MA dh siap mandi pn trs pejam : xnyusu pn sblm/slps mandi ptg td

sekitar 8pm : dlm kul 7 lbh masa ummi tgk citer Julia sbnrnye QA nangis berjln then trs dtg sni

sekitar 9pm : see betapa jauhnye QA bergolek utk tdo at last dh smpi dekat MA

eh dedue dh mule menggaru2 lak tp nsb baik mate still pejam then smbg tdo :)

p/s: babah keje malam... gudnite sume


love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Friday, October 12

Kata-Kata Itu Satu Doa

share from  FB GBOB a.k.a Genius Baby On board

Kita selalu mendengar frasa "KATA-KATA ITU SATU DOA" malah kita sesungguhnya percaya akan frasa tersebut, tetapi berapa ramai agaknya dr kita yang mengambil kesempatan untuk mempraktikkannya pada anak-anak syurga kita? 

Sbg cth mudah: Setiap kali kita memanggil anak kita, apa yg kita katakan? Adakah setakat "Adik..mari sini kat ibu.." @ "Abang, kejap meh Abah nak mintak tolong ni..". Alangkah ruginya kalau setiap kali kita memanggil anak-anak kita, kita tidak menyelitkan sekali kata-kata yang mempunyai makna yg baik, menaikkan semangat dan membangkitkan aura positif bg mereka yg mendengarnya.

Saya mencadangkan agar mulai hari ini, setiap kali memanggil anak @ menjawab panggilan / soalan anak, kita bersama-sama suami @ isteri menambah kata-kata seperti "sayang,bijak,manja,cerdik,pandai, hebat, rajin hafal Quran, yg mendengar kata, yang cantik, yang sempurna, yg suka menimba ilmu" & pelbagai lagi frasa-frasa yg membangkitkan semangat, selepas nama anak kita.

Sbg cth, apabila menjawab panggilan anak, kita jawab "Yer anak ibu yang bijak & cerdik..kakak nak apa sayang??" @ "Ada apa adik manja? Hmmm..anak ayah yg hebat ni... Nak apa my dear princess?" Apabila memanggil @ meminta bantuan anak pula, cuba kita gunakan ayat spt ini pula, "Anak Daddy ni rajin dan suka main air kan, mehlah sama-sama tolong Daddy cuci kereta nak tak? Mesti seronok kan sayang?"..

Itu adalah antara cth2 ayat yg kita boleh aplikasikan kpd anak-anak syurga kita. Tidak kira mereka masih kecil atau sudah remaja. Jika anak masih kecil, ia lebih mudah dan bila mereka dewasa dan remaja, mereka tidaklah rasa pelik kerana telah dibesarkan dgn suasana penuh kasih syg dan harmoni begitu.

Walaupun awalnya kita rasa segan dgn org sekeliling jika mereka mendengar kita bercakap dgn anak dgn kata-kata spt "Anak ibu yang rajin hafal Quran, jom kita gi Playground nak?" Org keliling mungkin akan melihat kita dengan mata dan kening yg senget, tetapi berbaliklah pd niat kita dan frasa yg awal tadi - KATA-KATA ITU SATU DOA. Dan jika mereka bertanya, betulkah anak you pandai hafal Quran?? Jawablah - AMIN..ITULAH YG SAYA DOAKAN UTK ANAK SYURGA SAYA INI. :)

Para ibu bapa yg saya sayangi, UBAHLAH DIRI KITA DAHULU. Ketahuilah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa dan jika kita jadikan apa yg saya kongsikan ini satu amalan setiap hari, Insya Allah 'masin' mulut kita.;) Jgn sesekali malu utk mengucapkannya dgn penuh kasih sayang dan keyakinan di depan org ramai, jadilah IBU BAPA YG LUAR BIASA HEBAT kerana org yg HEBAT sememangnya BERBEZA dari orang lain. Cuba dan rasai KEHEBATANNYA.-Teacher Watie-


love+hug+kiss,
from ummiNbabah