Pages

Saturday, March 15

MA tak sihat

Wah dah sebulan rupenye blog xberupdate.. hmmm sebab ade media lain yang mudah di update status akhirnya blog yang terabai hohohoho tidak jangan sampai terkubur :(

Ok untuk bulan ni nak mula update dgn status kesihatan QAMA
alhamdulillah MA dah semakin sihat slps 2hari kene warded..Pepagi buta hari Rabu lps babah balik keje trs pegi emergency sbb masa tu temp MA dah nak cecah 40 + amik blood test ... mujur xde ape2 infection or simptom2 bahaya lain almaklumla cuaca skang xmenentu berjerebu dan kering kontang... memang kene banyak minum air

budak sakit keletihan

eh big gurl muat lagi duk dlm ni

eh babah pn dapat tido lena gak

encem boy dah bangun.. suke tengok bile die jerit "NAK" time makan

* eh mane ummi? ummi la jd tukang amik gambo nih
* abis ummi tdo kat mane? hehehe haruslah tdo ats katil bersama pesakit ^muat tau^
* paling klaka bile time nak bangun dr katil tu MA celik mata terpaksa lah ummi berlakon tdo lagi

love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Monday, February 3

Ciri-ciri Taska/Tadika Pilihan

Sebenarnya seawal usia QA 3tahun Ummi dh start suvey PreSchool yang sesuai dengan bajet bulanan keluarga.. Cyberjaya-Putrajaya-Dengkil-Kota Warisan-rumah .Ada antara yang ummi pernah call and terus datang tengok.. Memang kebanyakannya mengikut bayaran terkini mengikut kawasan..

Ok ni ummi nak share ciri-ciri taska/tadika yang perlu ada ( kalau belum/tidak tersenarai dalam JKM/Kem)
- utk taska sila buat semakan dengan JKM
- untuk tadika sila buat semakan dengan Kem. Pendidikan
- di hadapan taska/tadika ada 2 tiang bendera - selangor(ikut negeri) dan Malaysia *oopss tapi ummi xpasti untuk tadika yang beroperasi di rumah kedai *
- banyak gantungan hasil kerja tangan anak-anak taska/tadika
- ada ruang bermain
- pengasingan ruang tidur dan belajar
- pengasuh/cikgu perlu menyambut kedatangan anak-anak dan tunggu sehingga anak-anak dijemput ibu bapa (sentiasa ada dimuka pintu - masa datang/balik)
- taska/tadika aktif melakukan aktiviti yang melibatkan ibubapa

ini sahaja yang ummi mampu kongsikan apa yang ummi tau... diharap dapat membantu ibu bapa dil uar sana

Nasihat : sentiasa mendoakan kesejahteraan anak ketika mereka dibawah jagaan orang lain
"Ya Allah limpahkanlah kasih sayangmu kepada pengasuh anak2ku.. Lindungilah mereka sepanjang ketiadaanku..Berikanlah kesabaran kepada pengasuh anak2ku supaya mereka mampu melayan anak2ku seperti anak2 mereka"


love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Pendaftaran selesai :)

Salam Februari...
Minggu lepas ummi akhirnya buat keputusan muktamad untuk QA masuk ke tadika... Ummi mintak maaf sebab QA dh rugi sebulan (Januari)... Selepas mengambil kira semua aspek : belanjawan+transport+taska+dll semua Ummi rasa ini adalah yang terbaik buat masa sekarang.Harap QA akan enjoy :)

Dekat mana tadika tu?? Owh dekat sangat ngan rumah dan selang 2 blok je dengan taska..Jadi lepas abis tadika Cikgu Pah (cikgu tadika) akan bawa balik budak yang duk taska sebab tu die caj transport.

Antara dialog Ummi dengan QA sebelum tdo td
Ummi : Esok Qaseh g skolah oren(tadika) ngan babah tau, babah anta esok pagi. Nanti kene pakai tudung
QA : Qaseh taknak pakai tudung Qaseh nak pegang je
Ummi : Ala tak bolehla macam tu nak masuk skolah kene la pakai tudung. tutup aurat nanti ade mengaji
QA : okey ummi
-----------------------
Ummi : nanti lepas skolah balik ngan Cikgu Pah pegi dekat skolah Ibu Nor(taska) tau.Lepas tu petang lepas keje ummi amik Qaseh dengan Aniq
QA : Qaseh xnak ikut Cikgu Pah, Qaseh nak ikut ummi
Ummi : Ummi kan work ummi kene g ofis nanti petang ummi balik. Nanti lps skolah QA leh jumpe Aniq kat skolah ibu
QA : Qaseh xnak ikut Cikgu Pah nanti Ummi tinggalkan Qaseh
Ummi : la ummi kat ofis xboleh nak amik QA nanti QA balik dgn Cikgu Pah je... okey
QA : bermuram durja sambil angguk faham

struktur yuran yang mampu dibayar berbanding yang lain

antara subjek yang diajar

borang pendaftaran siap diisi

P/s: berharap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku

love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Wednesday, January 8

Welcome 2014

Salam tahun baru untuk semua... Maaf terlambat dan agak jarang update blog ini sejak hujung tahun lepas...InsyaAllah I'm back with NEW HOPE,NEW WISH dan sangat berharap momentum untuk berblogging akan kembali semula :)

WELCOMING 2014 with sweet memories
~ ummiQAMA~

love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Tuesday, November 5

Salam Maal Hijrah : Official Launching QAMA Eshop website



Dijemput semua utk membeli secara online via
FB page : QAMA Eshop
atau di laman web rasmi  : www.qamaeshop.com.my

sebarang pertanyaan tentang order/payment boleh hubungi melalui
email : admin @qamaeshop.com.my
atau
order@qamaeshop.com.my
contact no(sms/whatsapp only) : 0132634612



love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Saturday, September 14

Hari Sukan part II - Video

aktiviti semalam
game
- susun bakul berkumpulan(umo 3tahun) 
- makan biskut paling cepat habis individu(umo 3tahun) ~ QA adalah orang terakhir yang abiskan biskut sebab makan penuh sopan santun ikut sunnah hihihihi
- masukkan bola dalam bakul berkumpulan(umo 4tahun)
- cari gula2 dalam tepung individu(umo 4tahun)
- lari berpasangan berkumpulan(umo 5-6tahun)
- makan keropok paling cepat habis individu(umo 5-6tahun)

show
- paluan kompang acara perasmian
- bacaan ikrar (umo 5-6tahun)
- pertunjukan silat ~ yang ni sangat klaka sebab bile pesilat2 tu jatuh sume kanak2 gelak padahal motif bersilat adalah untuk melawan musuh... hmmm mungkin diorg igt jatuh tu klaka rugi ummi xrekod vdeo time nih

lepas tu ibu bapa di jamu dengan pelbagai makanan

jom layan video pulak xdapat nk upload sume





love+hug+kiss,
from ummiNbabah

Hari Sukan part I - bergambar

13/9 - QAMA terlibat dlm sukan tertutup Taska Mahligai Cerdik..Ummi mmg sgt excited smpi sanggup amik half day smlm hahha... tapi kuciwa gak sbb xdpt tgk MA main igtkn sempat sbb MA main sesi tengahari.. jadi smlm lunch time ummi trs anta brownies ke taska dan balik rumah rest dengan aman :)

Lps asar baru kuar sbb QA main kul 5.. yeayy ummi dapat tengok mcm2 gelagat anak2 bermain dengan mengikut arahan walaupun mmg berterabur dan sukar dikawal... memang tabik spring kat ibu2 pengasuh taska tersebut sbb dapat mengawal macam2 perangai anak2 disitu.. ok xmo citer panjang berjela jom lyn piccas

ready

beratur nk main susun bakul (berkumpulan) - kategori 3tahun

mendengar arahan sebelum mula

cari gula-gula dalam tepung - kategori 4tahun

muke penat

acara perasmian dan bacaan ikrar

1st hadiah : cabutan bertuah QAMA

persembahan anak-anak 6tahun

yeayyy MA pn dpt hadiah jugak

hadiah juara berkumpulan

brownies yang ditempah 

ibu tolong QA potong kek(brownies)

yeayyy dapat banyak hadiah

membelek hadiah memasing



love+hug+kiss,
from ummiNbabah